Followers♥

Tiru Macam Saya

Perempuan termasuk aku sememangnya banyak dikaitkan dengan beauty conscious dan mementingkan penampilan diri. even the men nowadays kan? Tapi apa-apa pun please..kacak luar kacak dalam juga okey :)
Petua aku dalam menjaga kulit senang je. kalau nak diikutkan muka aku sebenarnya sangat oily,sensitif kusam..berjerawat dan of course berparut. See memang tak cantik kan? Bukan semua orang dilahirkan dengan kecantikan semula jadi. Tapi satu basic step yang aku tak pernah tinggalkan of course la drinks a lot of plain water dan cuci muka dua kali sehari.WAJIB.

Okey as for myself, aku tak guna mana-mana produk mahal pun..such as Lancome ke SK2 even i can afford to sebab semua tu banyak chemical. Mana la tau dah tua nanti muka jadi allergi ke kan. Aku cuma gunakan sabun papaya atau sabun susu beras. sabun papaya memang bagus untuk kulit berminyak mcm aku ni and susu beras pulak sangat berkesan kalau nak hapuskan segala acne-acne degil yang bermaharaja lela kat muka aku ni. Try la,hasilnya memang terbaik! Malam pulak aku amalkan pemakaian bedak sejuk setiap hari. Simple kan?? Tak lupa juga seminggu aku amalkan scrubbing at least dua kali seminggu. Scrub aku tak ada dalam pasaran sebab aku blend sendiri . Apa dia? BERAS. yes beras yang mak korang korang masak hari-hari tu :)
Caranya, blend sahaja sampai sehalus mungkin dan Tadaaaa.....it's ready to use. Kalau korang rasa beras tu terlalu kasar untuk kulit korang, korang boleh rendam dulu for at least 1 hour. Aku dah lama amalkan sejak sekolah lagi. Hasilnya, anda akan dapat kulit yang halus dan lembut sebaik sahaja selepas pemakaian scrub tersebut. Aku guna scrub tu bukan untuk muka sahaja malah untuk body scrub juga. Tak percaya, try dulu :)

Untuk bibir pulak disebabkan aku mempunyai bibir yang kering aku memang amalkan pemakaian lip balm dan even aku keluar pun aku tak pakai lipstick. Sebab bagi aku lipstick akan mengeringkan bibir aku yang super dry ni dan secara automatik nya tangan aku akan gatal menarik-narik kulit kering tersebut even sampai berdarah. Dah jadi habit pun. Selain itu,kalau rajin sikit korang boleh 'sental' kulit bibir tu dengan scrub gula dan madu. Yang penting tetap amalkan minum air masak dengan kuantiti yang banyak sampai terkencing-kencing :)

See, aku bukan brand conscious pun kan dan tak semestinya kena berbelanja banyak nak dapatkan kulit yang sihat dan cantik. Jangan terpengaruh sangat dengan iklan-iklan komersial.Yang penting kena la rajin sikit,bukan senang nak senang kan? Kalau korang ada duit lebih pun tak salah kalau korang nak buat facial ke,spa ke atau beli supplement :) Nanti esok-esok nak kahwin tak payah kelam-kabut nak fix sana-sini kan.. :)
lastly kalau korang ada tips berguna boleh lah share,the more you give the more you get . Tak rugi apa-apa pun kan.

Lots of Love.

0 comments:

Post a Comment

Leave your Link here!

Winking Line Smiley
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



up