Hi, sebenarnya aku masih tiada bahan menarik untuk dikongsi dalam blog ni. Tapi tiba aku teringat zaman muda-muda dulu. Aku membesar totally dalam suasana kampung. Siapa kata duduk kampung tak best?
Mungkin anda tak percaya masa aku kecik-kecik boleh dikatakan aku tomboy wanna be. (dont worry aku tak pernah jadi tomboy). It's just that persekitaran,kawan-kawan menjadikan aku seorang tough girl. Tapi jangan main-main..aku ramai peminat masa sekolah dulu. Maklumlah top student (bangga sekejap) active pulak tu..kecuali bab sukan aku memang corot. hehe. Guess i'm not so tough..:P
Hobi aku masa kecik-kecik dulu cukup banyak dan aku cukup aktif. Oleh kerana geng-geng aku semua lelaki, maka semua aktiviti yang mereka lakukan aku joined. Ada sorang perempuan (Idah) tapi ayah dia cukup strict..dan lagi sorang perempuan lebih tua dari aku setahun..aku panggil Kak Ain. Aku ingat lagi berkubang kat parit kecik depan rumah aku dengan Farid,Enal,Usop a.k.a Yuyus,Azhar a.k.a Siam...kadang kadang ada a few boys dari kampung sebelah yang joined kami. Bayangkanlah sampai semput-semput aku dibuatnya dek kerana galak berkubang macam kerbau kepanasan. Kesian mak aku melayan aku kalau demam tambah semput..macam orang tak cukup oksigen dibuatnya. Kalau balik kampung pulak lagi best..mandi sungai lah dengan sepupu-sepupu aku :D
Selain itu selepas balik dari sekolah agama sebelah petang aku tak akan terus balik. Aku akan singgah rumah Kak Ain untuk bermain badminton ke..baling selipar ke..galah panjang ke..atau ting ting (betul ke aku eja? ).
Kalau musim buah-buahan lagi best,kami petik buah rambutan atau manggis di rumah Kak Ain. Curi-curi tak main la der :) Kalau hujung minggu pulak kalau tiada aktiviti sekolah (dulu aku PBSM sebab nak masuk Pengakap dah cukup quota ) , kami buat camping. Location macam biasa lah kat rumah Kak Ain. Tapi mak aku tak pernah bagi aku bermalam kat luar,so aku datang waktu siang sahaja. Dah sememangnya dari kecik aku suka memasak , aku akan datang untuk masak untuk mereka. Bukan main masak-masak olok-olok okey..Bahan-bahan memasak biasanya kami akan bahagikan antara semua orang.
Kalau waktu kelapangan dan tiada perjumpaan biasanya aku akan lepak dirumah Enal. Dia memang best friend aku dulu, sekarang masing-masing dah besar dan jarang jumpa segan jugak :) Keluarga kami memang rapat, sampaikan ada orang kata mak aku dan mak dia adik beradik. Lagi pun kakak sulung dia sebaya dengan kaklong aku,dan abang dia sebaya dengan kakak second aku. Sampaikan kalau Enal nak lepak rumah aku,abang dia perli nak balik rumah bini. Hahahaha..tapi kami memang rapat sebagai kawan dan aku bangga dia dah berjaya sekarang nak dibandingkan dengan aku :)
Pengalaman aku paling tragis semasa zaman kanak-kanak dulu adalah terjun parit dengan basikal.2 KALI! 1st time aku ingat lagi pagi-pagi mak aku suruh pergi kedai naik basikal. Masa tu jambatan depan rumah aku memang uzur gila dan kecik. Aku pun lost balance..lalu..faham-faham je lah ..hehe. Tapi apa yang yang kelakarnya duit yang aku pegang masih dalam genggaman aku. 2nd time pulak masa tu aku dan geng-geng aku main basikal meluncur ke jambatan sebab dari jalan depan rumah menghala ke jambatan tu agak cerun sedikit. Tiba-tiba aku dan kawan aku turun serentak..dan insan malang yang jatuh tu aku la. Geram jugak kenapa bukan kawan aku yang jatuh. Habis jahanam basikal aku. Grrr..
Then bila dah habis UPSR aku start masuk sekolah berasrama. So takde lah aku buat 'perjumpaan' lagi dengan mereka. Masa Raya je lah kami berjumpa. Tapi seriously aku memang rindu zaman itu..bahagia gila kot :) Cuma kadang-kadang kena belasah jugak dengan Abah sebab dah azan Maghrib baru balik. Hehe. Setakat kena libas dengan tali pinggang Abah tu kira okey la jugak, pernah jugak Abah hayun aku sampai terhantuk peti sejuk,,nasib baik bukan dinding. Mengamuk mak aku. maklumlah Abah dulu panas baran gila-gila..ada la sikit menurun kat aku :P
Kalau nak diceritakan semua pengalaman aku panjang bebenor rasanya. Apa yang aku coretkan cuma sebahagian kenangan yang aku tak dapat lupakan. Btw thanks for reading peeps :)
Lots of love.
Aku yang comot :)
0 comments:
Post a Comment