Followers♥

Tip Top Ikan Bakar.

Nak dijadikan cerita semalam saya keluar dengan si dia yang dah sebulan tak jumpa dek kesibukannya yang mengalahkan YB nak pilihanraya . Aku pulak tiba-tiba teringin nak makan ikan bakar. Buka Google banyak recommendations untuk pergi ke Tip Top Ikan Bakar atau Kedai Yong Yong. Walaupun si Dia nak makan Pizza terpaksa mengalah juga untuk bawa aku ke tempat tersebut yang berada di Jalan Sungai Chat iaitu berdekatan dengan Dataran Bandaraya Johor Bahru. Setibanya kami di sana memang ramai GILA manusia duduk di gerai berkenaan.First impression,mesti sedap ni! Actually tempat tu macam medan selera dan ada beberapa lagi gerai-gerai yang agak menarik juga tapi yang paling hot memang di Tip Top Ikan Bakar. Kami order Ikan siakap yang saiznya agak sederhana besar,kerang bakar,tahu bakar,nasi putih dan sayur kailan ikan masin. Air pula kami order lai ci-kang dan ABC.

Memang tip-top! kerang yang mereka serve panas dan segar, tahu bakar pun okey dan ikan bakar memang memuaskan. Aku tak tahu pula ikan tu dikira mengikut berat ke tak tapi untuk ikan sahaja RM28 dan jumlah semua sekali hanya RM56. Sebenarnya hidangan yang kami makan pun kalau makan bertiga pun cukup lagi.
So,kira okey la kan? Sambil makan pun ada a few guys busking kat tepi gerai kami :) Quite entertaining isn't it? Bagi aku memang puas hati kalau makan kat sana sebab selama ni aku cuma tahu Senibong je yang famous dengan seafood . By the way kedai Yong ni operated by Chinese tapi aku tengok ramai Muslim yang makan,apatah lagi Chinese dan Indians jugak. Malah pekerja dia pun Muslim juga. Lagi pun mereka menjual seafood dan tahu bakar dan memang tak ada ayam,daging atau arak..so tak perlu ragu-ragu la nak makan di sana kan  :) 
Next Time kalau aku explore tempat makan yang best-best aku update lagi okey.












Tip Top Ikan Bakar berada di hujung Medan Selera Sungai Chat
di antara Jalan Mohd Amin and Jalan Sungai Chat
di belakang Straits View Hotel iaitu tidak jauh dari Dataran Bandaraya J.Bahru.

0 comments:

Post a Comment

Leave your Link here!

Winking Line Smiley
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



up