Hai Assalamualaikum :)
Macam biasa setelah beberapa weekend tidak keluar kemana-mana,sekali lagi saya dan si Dia keluar jalan-jalan cari makan. Kali ni kami dinner sate yang paling famous di Johor Bahru; Sate Wak Radol. Selama ni aku memang dah perasan kalau lalu di Jalan Kempas memang terdapat kedai makan yang menyediakan sate. Aku yang sememangnya seorang Sate Freak memang takkan terlepas mencuba . Maka setibanya kami di sana telah ada berderet-deret kereta parking di tepi Jalan Kempas atau Denai tu. Masuk ke kawasan kedai makan tempat pun dah agak penuh. Kami order sate daging 10 cucuk (sate ayam dah habis pulak ) untuk aku seorang,si Dia order nasi goerng kanmpung dan sup Gear Box (aku lettew teringin nak try) dan air sirap bandung soda dan air cicau. Selain sate banyak juga makanan lain yang mereka sediakan seperti soto ,sup dan mi bandung. Bagi aku,nasi goreng kampung di sana pun boleh tahan. Sate memang Marvelously sedap :)) Dan sup mereka memang Kaw!
Bukan nak kata terlalu sedap sangat tapi sedap!Thumbs up juga la bagi kedai makan yang sederhana besar di tepi jalan kan. Tapi,memang berbaloi try sate di sana :)) Lagi pun service di sana tip-top juga kerana brader yang ambil order kami memang tersangatlah mesra alam. Sambil tunggu order tergelak-gelak juga aku tengok gelagat brader tu. Selain tu makanan pun sampai agak cepat juga so takde la kami tunggu makanan terlalu lama. Tapi sayangnya aku lupa nak snap pic makanan kami so pic yang ada ni aku samun di web page lain.
Sate yang berjaya di balun :)) |
Map Location. |
0 comments:
Post a Comment